Sunday, May 21

The following newspaper snippet reali touched ma heartstrings...

it reminds me.. She left us on Father's Day..

" HAJAT Mohamed Faizal Omar, 21 tahun, ialah menjamu nasi ayam masakan ibunya bersama keluarga tersayang pada Hari Ibu Ahad lalu.
Namun, hajat anggota Perkhidmatan Negara itu tidak kesampaian apabila beliau menemui maut dalam satu kemalangan motosikal di Simei pada pagi Hari Ibu.
'Allahyarham tanya saya, besok Hari Ibu nak masak apa? Saya tanya apa yang beliau nak makan. Katanya nak makan nasi ayam kegemarannya.
'Rupanya itulah hajatnya yang terakhir,' cerita ibunya, Cik Amnah Ahmad, 58 tahun, dengan sebak mengenang saat-saat akhir bersama anak bongsunya itu.
Allahyarham Faizal, yang tinggal bersama seorang kakaknya, singgah ke rumah ibunya pagi Sabtu sebelum keluar bertemu rakan-rakannya.
Rumah Cik Amnah di Tampines Street 45 itu terletak beberapa blok jauh dari rumah kakak kedua Allahyarham, Cik Suzana Omar, 39 tahun, tempat Allahyarham tinggal.
'Pagi itu, temanitanya ajak keluar tetapi arwah memberitahunya dia ingin kemas rumah dan biliknya. Tersusun rapi dan terhias bilik yang ditinggalkannya itu,' kata Cik Suzana, seorang setiausaha guaman.
Menurut Cik Suzana, pemergiaan adiknya yang manja dengan nama timangan 'Bob', mengingatkan beliau tentang arwah ayahnya juga mempunyai gelagat yang sama - ingin mengemas rumah - sebelum meninggal dunia pada 1995 akibat kencing manis.
Allahyarham Faizal, anak bongsu daripada enam beradik, disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Changi pada 7.45 pagi Ahad lalu setelah dikejarkan ke hospital itu sekitar 12 tengah malam.
Antara orang terakhir yang bersama Allahyarham adalah rakannya, Encik Ahmad Syukri Ibrahim, 24 tahun.
Menurut Encik Ahmad, mereka duduk berbual di Eastpoint, sebelum Allahyarham meminta diri untuk pulang malam Sabtu itu.
Encik Ahmad, yang bekerja sambilan di pusat membeli belah di Simei, berkata dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Ris, beliau ternampak sebuah motosikal jenis Scrambler hitam tersadai di tepi jalan dekat Simei Street 4.
'Apabila saya lihat daripada dekat lagi, saya terperanjat melihat penunggang yang terlentang itu adalah kawan saya yang baru saja diajak bergurau senda 25 minit lalu,' cerita Encik Ahmad yang baru mengenali Allahyarham sekitar beberapa bulan yang lalu.
'Beliau tidak bercakap apa-apa, kecuali matanya terkebil-kebil ketika saya menanyakannya beberapa soalan.
'Apabila saya menanyakan tentang kekasihnya itu, air matanya mengalir,' sambung Encik Ahmad Syukri yang turut membantu Allahyarham mengucap syahadat.
Cik Amnah memberitahu bahawa Allahyarham berura-ura bertunang dengan temanitanya itu tahun hadapan.."
ouch! Crying 1i cant stand this sentence..." Beliau tidak bercakap apa-apa, kecuali matanya terkebil-kebil ketika saya menanyakannya beberapa soalan. Apabila saya menanyakan tentang kekasihnya itu, air matanya mengalir..." the description of the sad senario seems to much for me to handle.
It's easy for people who read this to say, " dah ajal.." but no one will ever feel how it reali feels. you get in denial, get sad, get angry, get annoyed..all mixed up. truth is, the truth will never sink in. not in a million years, though we reali should redha. so please..let us be. oh gosh i am blabbering, am I? can never help it, this is ma channel for realising stress, even happiness..so lemme be..
ma hearts goes out to the family. condolences. be strong. i was there and am still here. in denial.
talking about it, it's been a while since i visited Her. Dear, bring me there.... Walking Home Crying
~rini~

No comments:

Post a Comment